Kenali Kami - Muhibbin Holiday
C a r e l i n e : + 6 0 1 0 - 4 0 5 3 3 2 5

PENGENALAN

Muhibbin Holiday ditubuhkan pada 30 Jun 2014 selaras dengan hasrat untuk bersama-sama membangunkan industri pelancongan yang semakin pesat di Malaysia. Kepelbagaian citarasa, permintaan dan keperluan, menjadikan Muhibbin Holiday bertekad untuk menyediakan perkhidmatan terbaik bagi memenuhi keperluan pelanggan di seluruh Malaysia.

Bermula dengan perkhidmatan Umrah, Muhibbin Holiday menyediakan pakej-pakej mengikut keperluan pelanggan samada yang mementingkan kemudahan yang selesa ataupun mengikut bajet kumpulan.

Konsep mesra pelanggan menjadikan interaksi menjadi lebih mudah dan bimbingan terutama dari sudut ibadah kepada para jemaah sentiasa diberi perhatian. Sehingga kini, Muhibbin Holiday telah mengurus jemaah umrah yang terdiri dari individu, persatuan dan korporat.

Muhibbin Holiday juga menyediakan pakej-pakej pelancongan antarabangsa dan telah mengatur beberapa siri lawatan untuk individu, kumpulan keluarga, persatuan, organisasi dan korporat termasuklah lawatan teknikal oleh badan-badan kerajaan ke destinasi-destinasi yang dipilih seperti Eropah, Hong Kong, Australia, Turki, Jordan & Baitulmaqdis, Indonesia, Vietnam, dan Thailand.

VISI

Menjadi syarikat agensi pelancongan yang diiktiraf terbaik dan meluas di Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan profesional, berkualiti dan kompetitif bagi produk Umrah & Pelancongan Islamik yang memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan.

MISI

Menyediakan kemudahan dan sistem operasi yang lengkap, kakitangan terlatih, kepelbagaian produk umrah dan pelancongan yang kompetitif seterusnya meluaskan rangkaian jualan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

PENGASAS & PENERAJU

Ust Ghazali Ibrahim

Ustaz Ghazali Ibrahim mula terlibat di dalam pengurusan haji & umrah pada tahun 2007 sebagai motivator untuk jemaah haji, Tabung Haji Travel selama empat tahun berturut-turut sehingga 2010.

Sepanjang tempoh ini, beliau juga seringkali diberi tugasan mengurus dan membimbing kumpulan jemaah umrah Tabung Haji Travel di Tanah Suci. Pengalaman ini dikongsi bersama masyarakat di dalam ceramah beliau dan sering diundang ke program bicara ilmu berkaitan haji dan umrah di radio & TV tempatan.

Di samping itu, Ustaz Ghazali juga menerima jemputan memberi bimbingan Haji & Umrah kepada warga Malaysia di Luar Negara seperti Qatar dan Oman. Mengembangkan kariernya dalam industri ini, beliau seterusnya bekerjasama dengan beberapa agensi pelancongan seperti Zafco Travel & Tours Sdn Bhd, Sutra Bistari Travel & Services Sdn Bhd & Al Balad Travel & Tours Sdn Bhd dalam membangun dan memasarkan perkhidmatan Umrah.

Berdasarkan pengalaman tersebut, Ustaz Ghazali akhirnya menubuhkan Muhibbin Holiday Sdn Bhd. Bersedia untuk memberi perkhidmatan dan memenuhi permintaan, Muhibbin Holiday menempatkan barisan pengurusan dan anggota yang berpengalaman luas dalam industri pengembaraan terutama dalam pengurusan umrah, pelancongan luar negara (outbound) dan dalam negara (inbound & domestik).

PENGARAH SYARIKAT

HAJAH_EDIT2

HJH. NORLAILY MOHD SHARIFF

1990-1996
Reservation & Ticketing Agent
Airlanka Limited

1998-2003
Pembangunan Produk & Pemasaran
TIMECel Sdn Bhd

2003-2006
Pemasaran Produk (Korporat & SME)
Maxis Communication

2006-2012
Pembangunan Perniagaan & Umrah
TH Travel & Services Sdn Bhd

EN-SAM2

SHAMSUL BAHARIN DARULAMAN

1983-2003
Industri Perbankan & Kewangan
Kwong Yik Bank / Public Bank Bhd / BSN Commercial Bank / Affin Bank

2004-2014
Financial Advisor
Wayteam Group & IFS Capital SIN

2014 hingga Kini
Financial Consultant
I-Qistina Sdn Bhd

Muhibbin Holiday Sdn Bhd

EN-BAIHAQI2

M. BAIHAQI HASANUDDIN

2009-2013
Massa Associate Sdn Bhd

2013-2014
Secretary Company
Dom Solution Sdn Bhd

2014 hingga Kini
Pengarah Urusan
Muhibbin Associate Sdn Bhd

Muhibbin Holiday Sdn Bhd

Anda mahu dapatkan Profil lengkap Muhibbin Holiday?
Sila klik gambar di bawah untuk muat turun (fail dalam format PDF)